Terma & Syarat – Pakej Perkahwinan

Terma Bayaran Pakej

1. Booking adalah RM300 untuk pakej perkahwinan istimewa “, Serasi ” , jimat ” & RM600 untuk pakej perkahwinan lengkap,manakala RM1000 untuk pakej perkahwinan beserta dewan.9tertakluk pada tawaran semasa)

2.Booking tidak di kembalikan sekiranya berlaku pembatalan,tetapi booking dan fail bagi majlis pelanggan akan disimpan sekiranya berlaku perubahan tarikh majlis (tertakluk pada harga pakej semasa pada tahun berkenaan)

3.Pertukaran kepada pakej lain cas RM200 dikenakan(tertakluk)

4. Deposit seterusnya 90% 10 hari sebelum majlis selepas invois majlis diterima(14 hari sebelum majlis akan dihantar).

5. Baki 10 % sebelum majlis atau sejurus selepas majlis.

6. Selepas deposit diberikan dan berlaku pembatalan, hanya 30 % dari deposit yang akan dipulangkan.

7. Pembatalan 3 hari sebelum majlis, tiada pulangan yang akan diberikan(tertakluk) 

8. NC berhak tidak melakukan sebarang kerja-kerja sekiranya deposit majlis(90%) tidak mencukupi seperti yang ditetapkan.

Terma Syarat bersama bagi Katering & Penganjur (Makanan & Minuman) 

1. Pihak penganjur majlis diminta menyediakan tempat penyimpanan makanan yang bersih dan teratur bagi pihak katerer untuk mengurus makanan /minuman dibahagian dapur ketika majlis bagi tempat operasi.

2.Pihak penganjur majlis berhak untuk menuntut semula pulangan yang bertepatan mengikut kuantiti jika sekiranya berlaku kerosakan pada makanan & minuman atau kecuaian/kesilapan membekalkan kuantiti makanan.

3.Pihak penganjur & katerrer diminta mematuhi etika pengurusan majlis seperti yang dibincangkan dengan kedua pihak bersama sebelum berlansungnya majlis mengikut etika kawalan makanan yang ditetapkan Jabatan Kesihatan Malaysia.

Antara Etika Pengurusan Majlis yang dibentangkan.   

4.Waktu yang disyorkan perjalanan majlis untuk jemputan adalah 4-5 Jam berlansung dimana pihak katerer berhak untuk tidak memberikan perkhidmatan sekiranya waktu melebihi seperti yang disyorkan atau melebihi had 9 jam pengurusan majlis. 

 

CONTOH : MAJLIS (12-4Ptg didalam kad) Persiapan katerer awal hingga akhir ( 8-5Ptg)

 

>  Mengeluarkan kad jemputan mengikut nisbah darab 2 jemputan kepada jemputan (1kad = 2 orang/seisi keluarga)seperti yang dinasihatkan.

>  Tidak membenarkan pihak lain atau orang luar(Bukan kakitangan/urusetia) mencampuri urusan pengurusan makanan/minuman dan hanya koodinator yang dilantik oleh NC & penganjur majlis seperti yang ditetapkan sahaja sebelum & sewaktu persiapan majlis.

>  Memastikan setiap tatalaku pengendali makanan menepati piawaian kesihatan(Rujuk dibawah)

 

4. Pihak katerer tidak akan bertanggungjawab jika sekiranya berlaku kerosakan makanan / minuman selepas waktu majlis(daripada makan lebihan).

5. Pihak caterer berhak bertanggungjawab sepenuhnya atas  ganti rugi pada kerosakan makanan / minuman sewaktu majlis berlansung yang disebabkan oleh kecuaian penganjur.  

6. Sebarang sisa makanan besar (berlonggok) akan diselesaikan oleh pihak caterer dan dibuang ke tempat perlupusan sampah, manakala sisa makanan,sampah kecilan ditempat majlis adalah tanggungjawab penganjur.

7. Penganjur hendaklah memaklumkan kepada koordinator yang telah dilantik segala butiran atau perincian pakej yang di langgani bagi memudahkan urusan pengedalian majlis..

8. Pakej tidak termasuk jika sekiranya berlaku kerja-kerja tambahan yang memerlukan tambahan kapasiti pekerja sedia ada samada melibatkan krew katering atau krew khemah.

9. Sebarang insiden kecederaan yang berlaku kepada pekerja kakitangan di kawasan tempat majlis yang di sebabkan oleh kelakuan masyarakat di tempat majlis mestilah di tanggung oleh penganjur majlis.

10. Pakej dan produk tidak boleh di campur atau di tukar ganti, Penalti cas minima RM500 akan di kenakan tanpa persetujuan pengurusan NC

11.Sebarang BENCANA ALAM tidak diberikan pampasan oleh pihak NC.   

 

Terma & Syarat Kanopi(Khemah & Peralatan)

1.Booking disyorkan bagi memastikan kanopi diperuntukkan untuk majlis(Block date)

2.Sebarang kerosakan & kehilangan hendaklah ditanggung pihak penyewa.

3.Tempahan untuk sekitar K.Lumpur & Lembah Klang sahaja. 

 

ETIKA PENGENDALI MAKANAN DARI JABATAN KESIHATAN MALAYSIA (Untuk Rujukan Katerer & Penganjur)

  • Pembersihan: pembuangan kekotoran, sisa baki makanan, habuk, gris atau

lain-lain bahan pencemar yang menjejaskan kebersihan.

  • Bahan Pencemar: sebarang agen biologi dan kimia, bendasing dan bahan

lain yang dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam makanan yang

menjejaskan keselamatan makanan.

  • Pencemaran: kemasukan atau kehadiran bahan tercemar di dalam makanan

atau persekitaran makanan.

  • Penyahjangkitan: mengurangkan bilangan mikroorganisma di persekitaran

kepada tahap yang tidak mengugat keselamatan makanan melalui

penggunaan agen kimia dan/atau kaedah fizikal

  • Pengendali Makanan: sesiapa yang secara langsung mengendalikan

makanan yang berbungkus atau tidak dibungkus, peralatan makanan dan

pinggan mangkuk, atau permukaan yang bersentuhan dengan makanan oleh

itu perlu mematuhi keperluan kebersihan makanan.

  • Keselamatan Makanan: jaminan makanan tidak akan menyebabkan bahaya kepada pengguna apabila ia disediakan dan/atau dimakan mengikut kegunaannya.
  • Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP): langkah-langkah universal yang

mengawal keadaan operasi sesebuah premis makanan bagi membolehkan

penghasilan makanan yang selamat.

  • Premis: sebarang bangunan atau apa-apa struktur, kekal atau sebaliknya

bersama-sama dengan tanah dan bangunan, atau struktur lain yang terletak

dan sebarang perkongsian tanah yang digunakan bagi penyediaan,

pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pembawaan, pengedaran dan

penjualan sebarang jenis makanan.

  • Air yang Selamat di minum (Potable Water): air yang selamat diminum dan

seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan 394 Peraturan-Peraturan

Makanan 1985, Akta Makanan 1983.

  • Sanitasi: pengurangan bilangan mikroorganisma kepada paras yang akan

menggelakkan bahaya pencemaran kepada produk makanan, tanpa memberi

kesan yang negatif kepada makanan, melalui agen-agen kimia yang dan/atau

kaedah fizikal yang sesuai.